Bersempena Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan, Ladang Rakyat Trengganu Sdn Bhd mengambil peluang menyantuni golongan yang kurang bernasib baik dengan mengadakan majlis pengagihan zakat kepada asnaf dan majlis berbuka puasa bertempat di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam. Sejumlah lebih RM 300,000 telah diagihkan pada majlis tersebut kepada 5 Dewan Undangan Negeri iaitu Dun Wakaf Mempelam. Dun Bandar, Dun Ladang, Dun Seberang Takir dan Dun Batu Rakit. Turut menerima agihan zakat ini adalah pelajar sekolah merangkumi 15 buah sekolah rendah dan menengah dalam kawasan operasi LRTSB.
Yang Berhormat, Dato' Haji Wan Sukairi bin Wan Abdullah, Pengerusi LRTSB telah sudi hadir dan menyampaikan zakat kepada penerima dan wakil-wakil penerima. Dalam ucapannya, Yang Berhormat Dato' Pengerusi turut memohon agar tetamu yang hadir mendoakan agar LRTSB terus diberikan keuntungan yang lebih besar pada masa akan datang.
Hadir sama dalam majlis tersebut adalah Lembaga Pengarah LRTSB, Pengurusan Kanan serta Ketua-ketua bahagian LRTSB.