Ladang Rakyat Trengganu Sdn Bhd hari ini memuktamadkan pembelian 14 unit rumah teres sebagai kediaman rasmi kakitangan sokongannya. Perjanjian jual beli tersebut di tandatangani oleh Ketua Eksekutif LRTSB, YM Tuan Haji Che Ku Hafeez bin Che Ku Denang di hadapan Puan Amalina binti Mohd Basri, Penolong Pengurus Perumahan KETENGAH bertempat di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat LRTSB . Hadir sama dalam majlis tersebut adalah Puan Che Nor Aidah Bt Aman, Akauntan dan En Mohd Zukri Bin Mamat, Pengurus Pentadbiran & Sumber Manusia LRTSB.