Ladang Rakyat Trengganu Sdn Bhd telah mengadakan Majlis Makan Malam 2025 yang berlangsung di The Zenith Hotel, Kuantan pada 28 November 2025. Majlis dirasmikan oleh Yang Berhormat Encik Mohd Hafiz Bin Adam, Ahli Lembaga Pengarah LRTSB yang mewakili Yang Berhormat Dato' Haji Wan Sukairi Bin Wan Ahmad, Pengerusi Lembaga Pengarah yang tidak dapat hadir.
Majlis dimulai dengan bacaan doa dan diikuti dengan Ucapan Aluan oleh YM Che Ku Hafeez Bin Che Ku Denang. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Incorporated, Yang Berbahagia Dato' Haji Burhanuddin Helmi bin Mohamed@Harun turut menyampaikan ucapan.
Dalam majlis yang sama, penyampaian hadiah bagi kecemerlangan akademik SPM 2023-2024 dan penyampaian hadiah bagi Anugerah Ladang Terbaik 2024 telah diadakan. Pemenang bagi Anugerah Ladang Terbaik 2024 dirangkul secara bersama oleh Ladang Sungai Pinang dan Ladang Lubuk Lesung.