Buletin

Media Buletin Majlis Iftar Ramadhan LRTSB & Agihan Zakat Sekolah Agama Rakyat 2026
12 March 2026

Majlis Iftar Ramadhan LRTSB & Agihan Zakat Sekolah Agama Rakyat 2026

Ladang Rakyat Trengganu Sdn Bhd telah mengadakan majlis berbuka puasa bagi meraikan kakitangan dan pengurusan syarikat bagi tahun 2026. Dalam majlis tersebut turut diadakan agihan zakat kepada 10 buah sekolah agama rakyat di Negeri Terengganu. Agihan zakat ini disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Haji Wan Sukairi bin Wan Abdullah, Pengerusi LRTSB dan diiringi oleh Ketua Eksekutif, YM Tuan Haji Che Ku Hafeez bin Che Ku Denang. Hadir sama dalam majlis tersebut adalah lembaga pengarah LRTSB. dif-dif jemputan serta kakitangan LRTSB.